Khamis, 24 Mac 2011

Perkembangan Bayi dalam Kandungan

Erm.. yg ni mcm lg menarik...

http://lovewriter10.blogspot.com


Minggu 1

Minggu ini merupakan minggu period menstrual malah pembenihan juga belum lagi berlaku. Due date di kira dari hari last period. (contoh period start 3hb last 6hb so ia dikira bermula 6 atau 7hb)
Proses pembentukan ini kebiasaannya masih belum lagi dapat di kesan. malah waktu ini 46 kromosom telah bercantum dan membawa segala genetik bersamanya. ketika ini yang di perlukan hanya lah nutrisi dari ibu dan oksigen.

Sel2 telur yang berada didalam rahim, membentuk seperti lingkaran cahaya yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulakan proses pembenihan/pembuahan

5 juta sel sperma berenang menuju ke tujuan akhir mereka sel telur yang bersembunyi pada falopio. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang akan menembusi sel telur.

waktu ini kepala sel sperma telah hampir masuk. bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak berhenti-henti berusaha menembusi dinding sel telur


zygote telah terbentuk

Minggu 2

Pembenihan telah telah berlaku pada akhir minggu ke 2.sel telur yang telah di senyawakan membelah 2 selepas 30jam.kemudian bergerak dari saluran falopio menuju ke rahim.


Minggu 3

Anda mungkin belum menyedari yang anda pregnant sehingga lah usianya 3 minggu. waktu ini sel telur telah menempel di dinding rahim
dan saiz nya amat kecil lebih kurang 0, 0-1, 2mm sahaja.
Minggu 4

Kini, kandungan telah berbentuk embrio. Embrio menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), dan apabila UPT di lakukan, hasilnya positif.

Kandungan mula membentuk struktur manusia. otak, jantung dan struktur tulang belakangnya mula terbentuk.



Minggu 5

membentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang kemudiannya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu 6

Saiz embrio lebih kurang 2-4mm. waktu ini boleh mendengar jantung bayi melalui ujian ultra sound. sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. tunas-tunas kecil yang akan membentuk tangan dan kaki juga boleh di lihat.



Minggu 7

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Tunas lengan mulai membelah menjadi beberapa bahagian iaitu bahu dan tangan. Jantung juga telah membentuk bahagian kanan dan bahagian kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

Minggu 8
saiznya kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda dapat lihat ,hidung dan kelopak matanya mula berkembang, begitu juga telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan lehernya, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah proses pembenihan.

bayi sudah mempunyai lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang nipis. tangan serta kaki juga sudah terbentuk walaupun belum sempurna

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdulillah..Our junior is Coming soon..

dh lma dah nk post entry ni..tp ada je halangan..
Alhamdulillah kesempatan ni tulis la sket perjalanan untuk menjadi seorang ummi mithali..

InsyaAllah..
moga2 zuriat ummi yang bakal lahir ini dapat mengetahui saat-saat ummi mengandungkanya..
nnt carila blog ummi ngn ayah ni ek..
ketahuilah, hadirmu sangat dinanti oleh ummi dan ayah..

setelah berminggu2 rasa ketidaksedapan badan..buat kerja pon xbpe nak larat.. mkan jgn nk cakap.. msti terkeluar balik.. badan ummi mkin teruk bila ayah ada program hjg minggu ngn student poli..tinggal la ummi terketar2 sorang2 menahan gelora di perut ni..

disebabkan dok sorang kt umah, jd tahap nk memasak itu tersangat lah rendah.. jd terpaksa merajinkan diri cari mknn kt luar.. siap je beli mknn,,ternampak je kedai 7eleven, cdgnya nk beli je la roti ngn aiskrim.. tp tah mcm mna terpandang pregnancy test kt kaunter cashier..jd dgn tebal muka amikla dan terus bayar dan lari laju2..heehe..

dengan semangat yang membara pergila buat test.. huhu..sgt berdebar.. positif ke negatif..nak positif...alhamdulillah...akhirnya POSITIF.. wah...anak ummi mesti nak taukan, spe org pertama yang ummi bgtau..org pertama yang mesti tau mestila buah hati ummi yang tersayang aka ayahla..hehe..elak je tau kami terus buat sujud syukur..kedaatanganmu amat kami dinanti2.. moga jadilah anak yang soleh serta pejuang agama yang cekal..AMEEN..


ha..ni la buktinya..yang ni test pertama..POSITIF




yang ni plak, ayah suruh ummi test lagi..ALHAMDULILLAH..masih lagi POSITIF..



lepas dah test buat kali kedua barula ayah bawa ummi g klinik..doktor scan2..Alhamdulillah doktor cakap zuriat ummi ni bru 6minggu..anak ummi, ummi berhenti kt sini ek..nnt ummi sambung..ha..mesti xsabarkan nak tau macam mana ummi mengandungkan anak ummi ni ek...sabar ekk..

ps:buat anak ummi,jd anak yang baik..selalu bantu ummi..jgn biar ummi muntah2..xlama lagi je anak ummi ni keluar..sabar ye sayang..



Rabu, 16 Mac 2011

Allah Menyayanginya...

al Fatihah buat arwah pakcik yang merupakan satu-satunya adik beradik ummi yang tinggal..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh..sesungguhnya sangat terkejut dan berdebar bila dpt panggilan telefon daripada ummi..waktu tu dlm lebih kurang pukul 1.30 pagi td..menggeletar satu badan bila dpat tau..almaklum la..badan ni memang pantang dgr bnda-benda yg lain sket..msti menggeletar..
amat terkilan sebab xdapat menghadirkan diri di saat2 terakhir..biarpon hanya beberapa kali ku lihat mukanya..yela pakcik dok jauh nun..kt pahang..xde rezki nk mlihat arwah..(en abang sya yang sgt sibuk dengan kerjanya)..mungkin ada hikmah yang tersembunyi..=)


peringatan buat yang masih hidup..
- hidup harus diteruskan
- ingat setiap yang hidup pasti akan pergi
- bersiap sedia dgn amal ibadah kerana kita xtau bila masa akan berlepas..

pstt..cadang tadi nk masukkan gambar yang mengingati mati..bila search je tadi..terjumpa gambar2 mayat..aduh..tersilap langkah..badan kembali menggeletar..ye..saya harus berani..

Ahad, 6 Mac 2011

Diriku adalah isterinya

haha..tajuk mcm ape je kan..mcm poyo pon ada jugak..sebenarnya tajuk tu just nk cakap yg entri kali ini saya aka isteri fakhrul yg tulis.berjaya jugak mecuri2 menulis dlam blog ni..hehe..nk buat mcm mna kan abang..mcm dh bersawang je blog ni..tu yang terberani kan diri utk menulis..ckp nk wat smpai 1 juta pengikut..tp xdiupdate2 blog dia..oleh itu sy dengan berbesar hati nk mencuri menulis dlm blog ni jika ada kelapangan..mohon diluluskan ye che mad..hehe
mcm dh xtau nk tulis apa..jom tengok gambar bawah ni..gambar ni saya tujukan buat suami tercintaku..chewah tiba2 plak berhindustani..hhehe..papepon layan jela..


ps:buat suami ku yang tercinta..harap maaf atas mencuri2 menulis..jgn denda saya..hehehe
cptla balik..jam kan dh pukul 5..

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)