Rabu, 20 Oktober 2010

ehem2..no komen =) ahlin2...

Alhamdulilah... episod baru akan bermula... nak jemput &nak dihebahkan kepada semua... Majlis Perkahwinan ana & pilihan ana pada 12 & 25 December nie... nak dihebahkan kepada semua kenalan2...& bagi yang ada kelapangan dijemput untuk hadir.. eratkan lagi hubungan..

clik gambar & zoomkan untuk lebih jelas =)

ditujukan khas buat sahabat di:
1) Syamsul Maarif Ex-Student Society
2) JPPIH UiTM Machang
3) PBSMM C IPT UiTM Machang
4) CITU UiTM Machang
5) Klinik UiTM Machang
+ Pensyarah2 DIB
+Geng DIB
6) CITU UiTM Dungun
7) ISBAC UiTM Dungun
8) Baitul Hadhari UiTM Dungun
9) Pesyarah2 & geng BBA(H)Islamic Banking
10) ISRA
11) ESQ Leadership Center & ATS

sape lagi ek......


dan juga dari...

1)

Khamis, 30 September 2010

Lafaz SakiNah

nie khas buat sahabat2 muslimin.....
yang nk kawin.....
yang dah kawin pun, ingat2kan semula...
=)

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Selasa, 28 September 2010

konVoi raYa

askar - askaR perang =)

umah sdare......
umah sdare jugak.....
ops.......

pErgiNya seOrang TemaN




telah tiba saat kau tinggalkan kami..
kerana takdir yang maha esa telah menetapkann..
sedih rsanya hat ini bla mengenangkann...
kau sahabatku kau teman sejatii,,

lembut katanya...
ringan membantu.....
xterluah akan kata.....
sahabat....
moga dirahmati allah..
ditempatkan bersama para solehin..

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi wa'fu 'anhu......

Khamis, 12 Ogos 2010

TinG - tiNg...

lama x update... nasib x masuk sarang labah lagi..hehe..
the latest... da kerja dah.. my 1st job.. ape agaknya.... jeng je jeng...

ESQ WAY 165


alhamdulilah... something yang xdisangka... luar jangka... all da best che mad.. alhamdulillah.. dah dua bulan bersama ESQ.. a lot of story hepen witin this 2 month.. kenanganyang terindah.. belum tiba masanya untuk di sharekan hari nie.. ha.. teman2.. silakan untuk rasa nikmatnya ESQ training... kt mana?... ESQ Leadership Center "ESQ training in malaysia.... feel the experience" ada masa akan deme sharekan..

and yang keduanya.. pastilah juga yang berkaitan dalam perjalanan ini.. tp begitu sukar untuk di ungkapkan dalam ruangan ini... bila tiba masa baru boleh disharekan.. suprise...."Perjalanan...." berdebor jugak... nak tapiiiiii..... dupdapdupdap jantung ini... syukran bonda.. syukran ummi.... syukran buat semua adik bradik "7+8"... syukran buat amir.. mazia...ida..and... pok we n ustazah... xx/09/10 & ntahla...bila agaknya yang satu lagi.. in progress....ameen... moga ape yang dirancang ini selari dengan perancanganNYA...kerana Dialah sebaik2 perancang...


n...last.. tepon2... mengidam nk hepon baru..........................................


Jumaat, 11 Jun 2010

padaMu Ya Allah... kuatkan lAnGkAhkU

33. Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka Itulah orang-orang yang bertakwa.

34. Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan orang-orang yang berbuat baik,

35. Agar Allah akan menutupi (mengampuni) bagi mereka perbuatan yang paling buruk yang mereka kerjakan dan membalas mereka dengan upah yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan.

36. Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya. dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah? dan siapa yang disesatkan Allah Maka tidak seorangpun pemberi petunjuk baginya.

37. Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka tidak seorangpun yang dapat menyesatkannya. bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?


surah az-zumar

Ahad, 30 Mei 2010

mutiara hati..

Engkau berbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengejarnya dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingati (menyebut) Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib

Jumaat, 21 Mei 2010

Heart Shaking Pictures of Love............







how about us...?

Dubai...








sUngAi dAlam Laut




Rabu, 19 Mei 2010

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…


Ahad, 9 Mei 2010

berKatilah LanGkahku.. hayya ya syabab


"Inna solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbil aalamiin"
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Allah, Pemelihara semesta alam"

kUatkan AzaM dan SemANgatmU

Jangan berdukacita..
Sebab rasa sedih akan terus Mengganggu mu dengan kenangan masa lalu..
Akan membuat mu khuatir dengan Kemungkinan masa akan datang...
dan akan mensia-siakan peluang mu pada hari ini....
Kamu hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini...
Hari yang ketika ini mataharinya menyinari mu...
Dan malam nya menyapa mu...
Bukan hari semalam yang telah berlalu dengan sgl kebaikan dan keburukan nya..
Juga bukan hari esok yang belum pasti lagi...
Inilah hari kepunyaan kamu...
Maka berusahalah sepenuh hati pada hari ini...
Lakukan solat yang paling khusyuk pd hari ini..
Berzikir sepenuh hati..
Baca al-quran dengan paling tartil..
Keindahan dalam akhlak..
Mengambil berat kesihatan jiwa dan raga mu..
Dan bersiap2lah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat..
Serta nikmatilah hari ini dengan segala keriangan dan kebahagiaan nya..
Krn kamu hanya mempunyai hidup yang pasti HARI INI...

Sabtu, 8 Mei 2010

usAh pUtUs Asa - akbar

Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

*
Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah diimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

(ulang *)

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

(ulang *)

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah Diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa


Rabu, 5 Mei 2010

Mata Hati.. Hijjaz

Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih

Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Kan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran

Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia


mAtA iNi...

Ibnu Qayyim:
mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran

firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ibnul Qayyim menyatakan:
“Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

"ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
bantulah aku dalam menjaga anggota badanku..
ya Rabbi.."


my thesis project

Alhamdulilah.. siap sudah thesis... "factors influencing the uses of internet banking among INCEIF student"... siap dihantar last report yg hard cover jam 4.00 ptg, 29 April 2010 hari khamis.. lega rasanya.. sekalung penghargaan buat semua yg membantu che mad siapkan thesis nie.. jd.. che mad edit acknowledgement hari tue la.. hehe..


“In the name of Allah, The Most Gracious and The Merciful”


Alhamdulillah, First of all I would like to express my greatest gratitude to Allah S.W.T for giving idea, guidance, spirits and courage to me to complete this study and has been accomplished on time.


Special appreciation goes to my advisor, Madam Noorhasyimah Binti Sulaiman whose encouragement and guidance cannot be discounted beside for giving over the initial draft and providing valuable suggestion from start to end had enable me to comprehend all the necessary things to do in order to complete this research report. Your comment, suggestion and guidance are highly appreciated. Thanks also to my second advisor, Prof. Madya Hj. Hussian Bin Dollah for his time and advices.


"memang betul.. comment yg ustazah berikan tue bermakana sgt.. dari awal pemilihan tajuk smpi akhir.. mula rasa buntu.. yg blajo research hari tue da xbrape ingat.. siap kena marah lg dgn ustazah..huhu.. hantar plak draft proposal.. uit.. sakan kena baiki.. literature review hampir 100% kena ubah yg baru.. population salah..yg tue salah, yg nie salah..huhu.. nk xnk, mmg kena baiki la.. kena buat yg terbaik 4 the last sem..last paper.. last project..last presentation 4 degree"

Sincere appreciation goes to all International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) staff especially Sis. Shabnam, Sis. Hakimah, Bro. Ali Jinnah and Dr. Said and my thanks also to staff of Admission and Students Affairs (ASAD), INCEIF who directly give valuable information in completing this study.


"erm..alhamdulillah, last2 di isra, dpt kelonggaran utk siapkan thesis.trima kasih juga sbb perawalkan kami habis praktikal.. sempat siapkan semua.. ada masa utk prepare draft report.. last report..slide..boleh turun dungun awal.. boleh prepare utk presentation.. buat k.nisa n syafa juga.. trima kasih membantu.. nini pun sama..ops.dan juga.k.niza yg penuh suntikan semangat dan semak my grammer.. ha k.jimie pun sama...4 GDEX & POS LAJU (eh..pos lembab) service..hehe"


I also would like to declare my special thanks to my beloved family for their love, encouragements and support to the completion of this report. Finally, not forget to all friends or individuals who have contributed their ideas and helped me in completing this final proposal whether directly or indirectly.


"special thank che mad tujukan buat sahabat terdekat che mad.. ulfa.. byk membantu..jadi mangsa utama.. hehe.. & mazia sbg orang penting dalam semakan bahasa..hehe..dan semua.. nini, pok we, pok mir, che dah, che su, k.azrah, nor azimah =), che ani, che zura dan che cT Z esQ...semua la..ha..asyraf pun TQ..merangkap posmen..hehe"


Thank you...


dah..tu jer.. cuma mcm biasa.. nk komen jugak..


1st....kursus yg dianjurkan (kusrus pasal research) awal bln 1 hari tue ramai yg xfaham..ramai yg x ingat..cuma bergantung kpd hardcopy slide yg dapat jer.. utk lein kali, dicadangkan agar x dibuat dalam dewn mcm tue lagi.. sesuai dibuat dalam group3 yg kecil.. xmembazir masa cuma memerlukan tenaga pengajar yg ramai.. rasanya ok jer.. mgkin buat group2 yg dihandle sendiri oleh advisor and second advisor..mudah utk student bertanya dan juga mudah utk advisor memahamkan student.. "PENYAMPAIAN"


2nd...pelik tapi benar. itu la yang berlaku... ramai kawan2 yang che mad dengar kena ubah rangka kasar research yg dah dbuat... arahan utk ubah hanya dapat selepas hantar draft REPORT or PRESENTATION.. lau di ubah, pembetulan sikit2 yg biasa2 jer..biasa la tue.. tp yg peliknya.. ada yang kena tukar tajuk... poulation salah.. variable salah, kena tukar.. xke pelik tue.. pada pandangan che mad.. sepatutnya benda2 kasar macam nie patutnya di ubah selepas hantar DRAFT PROPOSAL bkn lepas hantar DRAFT REPORT.. tp xpasti salah sape.. mgkin salah student xjumpa advisor..mgkin juga xhantar draft proposal...mgkin hantar lewat proposal.. itu sebelah student.. @ pun ada lecturer yg dah terima proposal tp xsempat nk tgk.. mgkin sengaja x tgk.. @ mgkin juga tersadai lama kt HEA bg yg guna pos.. @ mgkin ambil remeh proposal.. wallahualam.. "BUDAYA KERJA"


3rd... che mad xtau sgt tentang polisi ISO mcm mana.. pertamanya pada borang yg perlu serah kpd supervisor..lupa lak borang mana.. A@B@C...tp yg ada 3 helai...mengikut arahan, borang tue serahkan kpd supervisor..dia isi semua.. pada borang tue ada logo iso.. tp peliknya.. pada page pertama (part a- pasal company profile lau xsalah) ada tulis "diisi oleh pelajar" mcm tu la lebih kurangnya.. so silap yang mana.. silap arahan @ silap borang tue? herm..mcm2..che mad pun xprasan..ikut arahan jer.. terus bg kpd supervisor.. tp tgk2 dia yang dapat detect kesalahan tue.. konfius nk jawab.. arahan ckp lain.. pada borang ada arahan lain.. panas jap atenya..huhu.. "KETELITIAN""


4th... dah siap semua.. tinggal nk buat cover page, letter declaration, letter of tranmission.. timbul; satu lagi satu persoalan.. nama uitm & nama fakulti.. pada sample yang dpt masa kursus hari tue.. ce tgk.. mana yang betul @ dibolehkan untuk merojak dan mengkerabukan bahasa dalam thesis.. nak guna "faculty of business administration and management" @ nk guna "Faculty of business management" simple tp lain2 fakulti... nama universiti lak. nak guna "universiti teknologi mara" @ "mara university of technology".. konfius2.. bkn peq.. cover dpn guna yang nie.. yang dalam lak guna nama lain... cadangan che mad... selaraskan semua penggunaan nama fakulti dan nama Uitm..guna satu nama jer utk semua thesis.. benda simple jer tp cm tue la.. "KUALITI"



erm..tue je la kot.. mengomen no 1..hehe.. nk komen lagi.. pasal pos laju.. tp bio jer la..huhu.. ok.. jom masak..

BertANi SAtu ibADaH

dah sminggu kt umah..kini kena ke dungun smula...hantar tesis.. tiket jam 10 mlm.. naik kt stesen langgar... janji amik thesis kt tabung haji jam 5 ptg..kemana agak nya nk pusing2 sementara tunggu kul 10mlm..

p pusing KTC jer la kot.. penat nk pusing2.. nk jalan dgn beg yg berat, lagi xlarat.. dr jauh.. nampak byk khemah2 besar n orang ramai kt stadium.. ow.. Expo pertanian dah bmula upenya.. ingat kn belum.. sempat la pusing2 jap.. erm..ramai jgk... mnarik.. cuma ptg tue da xde pgrm pape kt khemah utama..ada pameran jeq..

tp papepun inisiatif kerajaan negeri adakan expo ptanian nie dengan konsep "Bertani Satu Ibadah" nie amat la sesuai.. boleh sedarkan org ramai.. bkn sekadar bertani semata2 utk keuntungan duit2 smata.. tp turut bernilai dan untung dalam sudut agama.. nie che mad petik dari facebook TGNA... ucapan perasmian expo..

Clik pada image utk direct ke website bertani satu ibadah

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
”Dia-lah, yang Telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” – Surah an-Nahl, ayat 10-11.

Islam telah berkembang dan tersebar secara meluas sekali ke seluruh pelusuk dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sehingga menjangkau ke Sepanyol dan Perancis di Barat, dan menjangkau ke China serta Filipina di Timur. Para pendokoong dan pejuang Islam yang membawa tamadun Islam ke tempat-tempat ini, bukan sahaja arif dalam bidang agama, tetapi telahpun menerap dan meneroka pelbagai ilmu baru.

Daripada orang-orang Arab Jahiliyyah, yang cuma tahu menggunakan unta dan kuda untuk merentasi padang pasir, mereka sudah menjadi satu bangsa yang tahu menyeberangi laut dengan menggunakan Celestial Navigaton, tahu mencipta dan menggunakan kompas, memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang astronomi, architecture, berkemampuan mengubati pelbagai jenis penyakit, mempelopori kepakaran dalam bidang pembedahan untuk tujuan oerubatan, menggunakan logam, mencipta ilmu hisab baru termasuk algebra serta bermacam-macam lagi ilmu selepas memeluk agama Islam.

Jelas sekali Islam telah membuka minda dan mata hati masyarakat Arab Jahiliyyah yang memeluk Islam sehingga mereka menjadi bangsa yang bertamadun. Syahadah yang mereka lafazkan menanam pasak keyakinan kepada hari akhirat namun tidak menghalang mereka berusaha bersunguh-sungguh meneroka ilmu dunia. Di dalam banyak-banyak ilmu yang diterokai oleh orang-orang Islam ialah ilmu pertanian. Di dalam ayat, tadi Allah SWT telah menyatakan kuasaNya yang menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi yang kering kontang sepeti zaitun, kurma dan anggur. Ayat-ayat seperti ini secara tidak langsung merupakan gesaan kepada setiap pembaca al-Quran untuk mengkaji dan menerokai ilmu pertanian.

Di dalam sejarah, inovasi pertanian diperkenal oleh jurutera dan peladang Muslim seperti bentuk baru penyewaan tanah, pembaikan dalam penyaliran, pelbagai kaedah pengairan yang moden, pengenalan baja dan sistem pengaliran yang meluas serta pembangunan sistem penyaliran berasaskan aliran graviti dari sungai dan mata air. Berdasarkan catatan sejarah dan para ilmuwan termasuk dari Barat, sistem pertanian pada era Kerajaan Islam Sepanyol merupakan sistem pertanian yang paling canggih yang pernah disusun oleh kecerdikan manusia. Ini kerana budaya ilmu yang ada di dalam Islam telah menghasilkan banyak perubahan. Pada masa itu, seluruh Eropah sedang bergelut dengan isu perhambaan, namun tanah di bawah kekuasaan Islam mengalami kemajuan pesat di bidang pertanian. Inilah hasil daripada anjuran Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

”Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah” (Hadis riwayat Bukhari)

Di pihak kerajaan, ke arah meningkatkan lagi kesedaran masyarakat agar mendalami ilmu pertanian serta meningkatkan hasil keluaran, kita telah melancarkan visi Kelantan Jelapang Makanan Negara. Visi ini digarap berasaskan cita-cita untuk menjadikan Kelantan akan menjadi pengeluar terbesar makanan di Malaysia. Kerajaan Kelantan dalam menjayakan usaha menjayakan visi ini akan menggerakkan seluruh sektor pertanian untuk lebih agresif dan mampan, memanfaatkan bumi Kelantan untuk memberi sumbangan terbesar dari segi pengeluaran pertanian KDNK di Malaysia.

Justeru, sesuai dengan sasaran Malaysia untuk mengurangkan pergantungan import makanan Kelantan akan berusaha menjadi Jelapang Makanan Negara di dalam membekalkan makanan yang berasaskan pertanian yang halal dan bersih.

Di dalam menjayakan visi ini juga, Kerajaan negeri telah meletakkan sasaran untuk mencapai tahap KDNK sebanyak 3 billion pada tahun 2015. Menurut rekod, pada tahun 2006, pencapaian KDNK sektor pertanian negeri Kelantan ialah sebanyak 1.61 billion manakala pada tahun 2007 pula sebanyak 1.87 billion iaitu meningkat sebanyak 15.3%. Ini melebihi pertumbuhan sektor pertanian di peringkat nasional iaitu hanya 1.4% sahaja. Berasaskan pencapaian ini, saya optimis dengan usaha berterusan dari semua pihak, cita-cita untuk mencapat 3 billion pencapaian KDNK sektor pertanian pada tahun 2015 tidak mustahil menjadi kenyataan.

Slogan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri merupakan satu gagasan yang dibentuk berasaskan cita-cita murni untuk melihat para petani berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan daya usaha dan pengeluaran. Ini akan dapat dicapai sekiranya golongan petani ditanamkan dengan kefahaman bahawa bertani bukan sahaja menjadi satu punca pendapatan bahkan ia juga merupakan satu ibadah tanda pengabdian kepada Allah SWT. Betapa mulianya kerja seorang petani sehingga disebut oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

”Seorang lelaki daripada ahli syurga memohon kepada Allah SWT untuk bertani, lalu Allah SWT bertanya kepadanya : Bukankah kamu mendapat segala yang kamu hajati? Dia menjawab : Ya, tetapi aku suka untuk bertani. Lalu dia menaburkan benih dan tumbuh dalam sekelip mata, sehingga membesar seperti bukit. Lalu berfirman Allah SWT : Makanlah tanamanmu wahai anak Adam kerana kamu tidak kenyang daripada menikmati nikmat itu..” – Riwayat Bukhari.

Demikianlah mulianya kerjaya seorang petani sehingga diberikan keizinan oleh Allah SWT kepada mereka untuk bertani di dalam syurga. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.


catatan 29 April 2010..

Its All abOuT IsRa.. sambungan..........


erm.. mazia..byk ngan dia..tp xleh crita.. secret.. lg pun dah lama ngan dia.. 5 tahun dah.. lama2.. ish3... lepas nie ntah la kot jumpa kt mana lg.. ow.. xnk2.. cukup dah..hehe.. smpi dia pun klau cakap klate dah xde bunyi siam nye.. buleh ckp qlate tulen.. =) tp bkn keme yg ajo dia..


tp syukran jazilan utk k.nizah... sbb kehadirannya menghilangkan kesunyian.. mana x sunyinya... bayangkn tempat yg sunyi, hanya tempat lalu lalang...duk sorang2.. xleh nk bckp ngan sape.. hanya ngadap komputer.. sminggu jer boleh tahan.. nk dengar lagu, kot bising, nk YM, YM xde.. lepas tue, erm.. lagu da mula berkumandang.. hilang sunyi sikit.. menyusul pulak dgn YM.. buleh kacau org2 atas..hehe2.. tp adanya k.niza.. ada jugak org yg nk berbual2.. blajo om puteh.. gosip.. ops.. nie gosp lepas mazia n ulfa turun jer.hehe..

sepanjang duk isra nie.. ape yg paling penting ialah dapat belajar mcm mana nk uruskan org bawahan.. best.. bagus.. itu yg boleh dikatakan kpd Dr. Asyraf terutamanya.. che mad respect cara pengurusan Dr.. smthing yg boleh che mad blajar.. almaklumla.. dr sekolah menengah smpi hari xtive dalam persatuan, jarang sekali jumpa org yg mcm 2..sikit sebanyak boleh jd teladan buat che mad mcm mana nk jd the best leader dlm certain2 keadaan..
tp dalam 5 bln kt Isra.. ada suatu perbezaan ketara yg boleh dibuat antara orang melayu kita sendiri dan foreigner.. respectnya che mad pd foreigner nie amat tinggi.. depa bagus.. bkn ape.. kita org yg duk kt barisan pc tue (mazia, ulfa, k.niza, che mad) rasa xramai yg sedar akan adanya kami kt situ.... depa n bberapa org jer yg selalu tegur... ada setengah tue.. xpenah tegur..senyum pun x.. pelik... mana orang melayu yg dikatakan penuh dgn adab dan kesopanan.. ntah.. mgkin itu bezanya org yg tinggi ilmunya (Dr. Abbas) dgn org2 yg baru ada ilmu scuit tp dah lupa diri.. na'uzubillah.. mgkin part nie pedas skit..

herm tue je la kot.. secebis kenangan bersama ISRA.. moga ISRA terus berkembang, memperkukuhkan lagi sistem ekonomi Islam di malaysia.. bkn sekadar insitusi2 kewangan yg guna sistem kewangan Islam tetapi jiwa2 mereka turut menghayati Islam.. bkn sekadar sistem2 yg ikut Syara' tp orang2 yang membawanya turut ikut Syara'..

KEtenANgaN yAng dicARi


'...Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'

Khamis, 29 April 2010

Ya Fattah..


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Isnin, 19 April 2010

Jam..ow... Jam... Teruskan berusaha


Alkisah seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “ Mana saya sanggup..”

“ Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” Tanya si pembuat jam.

“ 86,400 sehari? Dengan jarum jam yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“ Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“ Dalam satu jam berdetik 3,600 kali?” jam masih ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. “ Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”

“ Oh, kalau begitu aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

* Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Yakin pada diri anda, anda juga mampu melakukannya!!

yg mlm nie..khas sbb kmalasan nk buat kerja.. thesis2..hu3..

itS All abOut IsRa

herm... dah lima bulan upenya kt isra... lima bulan tinggalkn dungun.. lima bln dperantauan..
sekarang..da kt dungun da.. tp ada assignment yg kena buat.. assignment dr Dr. Said..

"ila akhil aziz fakhrurrazi... la tansa aslu ismuka... fakhruddin ar-razi (606 H).. ahrisu an tusiru mislahu au ahsanu minhu.. atamanna laka bittaufiq minHu kullu taufiq..wa fatahallahu laka..wa bika..wa alaika.." fakhruddin ar-razi... kan ku singkap sejarah kegemilanganmu...

fakhrurrazi, saya ada soalan untuk kamu... "mata wulida fakhruddin ar-razi" "man hua fakhruddin ar-razi..?" mari saya bagitau siapa fakhruddin ar-razi..he2.. persoalan2 yg biasa dr Dr. Said.. gelak sbb best bunyi Dr. said ckp melayu.. cey.. tp ada yg bagus.. Doa sentiasa dbibirnya.. barakallahu fik.. jazakallahu khairall jaza.. n byk2 doa.. satu yg lantas di aminkan che mad.. ape doa tue agaknya? biarkan rahsia.. =) itula Dr. Said Bouehera...


pengalaman yg sukar diperolehi...
tp lepas praktikal baru tau sesuatu... sblm nie syok je panggil kak sheila..haha.. adikku upenya... ish.. xbest langsung...he2..

Mrs. Ron lak... che mad... ow.. che mad.. nape xbuka skrin... che mad.. ow che mad.... amik gambo... che mad ow... che mad...... brn cd... tue je kot.. =p

sis. zakiah lak... che mad... scan.. che mad scan.. che mad scan.. beres cik puan.. =D

erm...sape lg ek...

nie crita yg bnama ulfa n mazia..

mula2 ulfa..

paling marahnya.. kita dok potpet @#$%#$%^&* tp dia xdengo rupenya...tlinga tsumbat ngan earphone..ha3..jgn marah mok teh dia.. asal tanya rahsia...rahsia jer jwpnnya.. tp kena ckp TQ la...nie chekgu BI jugak kiranya..hehe.. tp AWAS.. jgn buat dia tkejut lau dia ngah pegang sesuatu.. lau x, hermm nahas kena pukul..ha3/...


mazia lak...

sambung smula kalo rajin..

Rabu, 31 Mac 2010

Perjalanan...

Ketawa dan suka ria perlu menghiasi dan mewarnai kehidupan.
Kerana ia sebahagian dari kebahagiaan bagi insan...
Tapi, yang seringkali mendatang adalah
kedukaan dan keperitan..

Andai ketawa sudah tak mampu melakari ruang,
cukuplah ketenangan mendalam yang dihadiahkan Allah
untuk dijadikan bekalan hidup yang belum padam...

Andai lilin sudah semakin surut, jangan biarkan
semangat yang ada turut menjejaki rentaknya lantaran kencangnya
angin memukul sabar..

Biar sabar dan redha itu menjadi umbi kekuatan rohani insani..
agar nanti, bila tiba waktunya, kita mampu tersenyum manis menanti saat indah...
Perjalanan yg tidak pasti tempoh masanya tp destinasinya
yang pasti untuk menghadap bertemu
Rabbul alamin...


bicara sufi...

Isnin, 29 Mac 2010

Memberi dan menerima

“Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga”
Majalah anis

Hadis Pilihan..

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah),
dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya:
Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi:
Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa?
Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada
yang halal, dia pun akan beroleh pahala."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Barangsiapa mencari rezeki yang halal
dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak
minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya,
serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya),
maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang
wajahnya bagaikan bulan di malam purnama."
(Riwayat Thabarani)




Selawat Junjungan - In Team


Ya Nabi Salamunalaik
Ya Rasululllah Salamunalaik
Ya Habib Salamunalaik
Solawatullahi Alaik

Di Mulakan Dengan Selawat
Ke Atas Nabi Syafiul Ummat
Moga Diberkati Hidupku
Selamat Di Dunia dan Akhirat

Pergi Mu Tiada Pengganti
Hilanglah Seri Buana Ini
Kaulah Penyeri Kaulah Purnama
Yang Menerangi Hidup Manusia

Lahirmu Dijanjikan Allah
Membawa Rahmat Sekalian Alam
Membina Ummat Bertamadun
Kaulah Nabi Kekasih Allah

Walau Ujian Melanda
Kau Sabar Menghadapinya
Kau Contoh Sebaik Ummat

Tauladan Sepanjang Zaman
Walau Kau Tiada Lagi
Kau Tetap Di Sanubari
Jasamu Terlalu Agung
Namamu Tetap Di Hati

Ya Allah...bimbinglah diriku dan diri kami semua dalam mencari rahmat dan keberkatanMu di Muka Bumi ini.. Kuatkanlah benteng-benteng iman kami... agar kami tidak tersasar dari matlamat perjalanan di persinggahan sementara ini... Ya Rabbi...

Rabu, 24 Mac 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Jumaat, 12 Mac 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)