Lilypie - Maternity

Khamis, 24 Mac 2011

Perkembangan Bayi dalam Kandungan

Erm.. yg ni mcm lg menarik...

http://lovewriter10.blogspot.com


Minggu 1

Minggu ini merupakan minggu period menstrual malah pembenihan juga belum lagi berlaku. Due date di kira dari hari last period. (contoh period start 3hb last 6hb so ia dikira bermula 6 atau 7hb)
Proses pembentukan ini kebiasaannya masih belum lagi dapat di kesan. malah waktu ini 46 kromosom telah bercantum dan membawa segala genetik bersamanya. ketika ini yang di perlukan hanya lah nutrisi dari ibu dan oksigen.

Sel2 telur yang berada didalam rahim, membentuk seperti lingkaran cahaya yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulakan proses pembenihan/pembuahan

5 juta sel sperma berenang menuju ke tujuan akhir mereka sel telur yang bersembunyi pada falopio. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang akan menembusi sel telur.

waktu ini kepala sel sperma telah hampir masuk. bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak berhenti-henti berusaha menembusi dinding sel telur


zygote telah terbentuk

Minggu 2

Pembenihan telah telah berlaku pada akhir minggu ke 2.sel telur yang telah di senyawakan membelah 2 selepas 30jam.kemudian bergerak dari saluran falopio menuju ke rahim.


Minggu 3

Anda mungkin belum menyedari yang anda pregnant sehingga lah usianya 3 minggu. waktu ini sel telur telah menempel di dinding rahim
dan saiz nya amat kecil lebih kurang 0, 0-1, 2mm sahaja.
Minggu 4

Kini, kandungan telah berbentuk embrio. Embrio menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), dan apabila UPT di lakukan, hasilnya positif.

Kandungan mula membentuk struktur manusia. otak, jantung dan struktur tulang belakangnya mula terbentuk.



Minggu 5

membentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang kemudiannya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu 6

Saiz embrio lebih kurang 2-4mm. waktu ini boleh mendengar jantung bayi melalui ujian ultra sound. sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. tunas-tunas kecil yang akan membentuk tangan dan kaki juga boleh di lihat.



Minggu 7

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Tunas lengan mulai membelah menjadi beberapa bahagian iaitu bahu dan tangan. Jantung juga telah membentuk bahagian kanan dan bahagian kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

Minggu 8
saiznya kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda dapat lihat ,hidung dan kelopak matanya mula berkembang, begitu juga telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan lehernya, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah proses pembenihan.

bayi sudah mempunyai lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang nipis. tangan serta kaki juga sudah terbentuk walaupun belum sempurna

1 ulasan:

  1. biasanya bila paling awal kita dpt kesan kt mngandung sebelum kt period sterusnya?diharap dpt mmberi sedikit maklumt kepada sy.skrg tgh mnuggu tanda2 mngandung.terima kasih

    BalasPadam

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)