Alkisah seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”
“Ha?,” kata jam terperanjat, “ Mana saya sanggup..”
“ Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” Tanya si pembuat jam.
“ 86,400 sehari? Dengan jarum jam yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.
“ Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.
“ Dalam satu jam berdetik 3,600 kali?” jam masih ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. “ Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”
“ Oh, kalau begitu aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
yg mlm nie..khas sbb kmalasan nk buat kerja.. thesis2..hu3..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan