Memaparkan catatan dengan label parenting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parenting. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2011

Ummi Aisyah & Nur Aisyah Faqihah


Alhamdulillah wa Syukrulillah..

NUR AISYAH FAQIHAH BINTI MOHD FAKHRURRAZI

Selamat disambut kelahirannya jam 7.07 pagi 27/10/11 di Hospital Hulu Terengganu..

awal hampir 3 minggu dari tarikh jangkaan 14/11/11..

Nur Aisyah Faqihah

nie gelagat hari yang ke-8 Aisyah...

kt umah Tok Ma.. Kok Lanas la tu maksudnya..


Tiada kalimah lain yang boleh di ucapkan melainkan syukur kepada Allah yg mengurniakan rezeki kepada semua.. Proses menyambut kelahiran pun agak lancar..

tp xbleh nak shot gambar Aisyah di hari pertama.. coz charger kamera meletup masa induksi kt JB..

memandangkan dah nak raya & nak berkorban, jd majlis aqiqah xbuat lg.. fokus qorban dulu.. tapi Aisyah bertuah bleh berjumpa & di tahnik oleh Tok Ayah Nik. Mudah2an Aisyah mampu menjadi lebih baik dari kami berdua dan mampu menjadi seorang yang hebat sebagaimana Saidatina Aisyah yang berada disisi Baginda Rasulullah S.A.W..

Apapun, Syukran buat Tok Ayah Nik kerana memberi peluang kepada kami & Aisyah walaupun Tok Ayah Nik nampak kepenatan.. Semoga Tok Ayah Nik diberikan kesihatan, kekuatan & dipanjangkan umur untuk terus mendidik kami..

Tok Ayah Nik suapkan air zam-zam utk Nur Aisyah Faqihah ..

nie di Masjid Pulau Melaka....


lepas balik dari Pulau Melaka, singgah jap umah "Tok nYe... ntah mcm mana nak eja. =) " & siap2 dan terus bertolak balik ke umah Mak Tok di Bota, Perak. bertemankan che sue sbg asistant Ummi Aisyah..

tp perjalanan kali nie agak lama.. biasa 5 jam, kali nie 7 jam.. singgah r&r Titiwangsa untuk uruskan Aisyah n MAsjid Ubudiah, K. Kansaq bawa jalan2 che sue.. tinggallah Aisyah bersama Ummi Aisyah dengan Mak Tok di bote n ayahnya sorang2 di Hulu Tgannu.

Sekarang masuk minggu ketiga dah.. esok ke KL untuk sambungan Kursus OHSA 4 sambil2 p meeting ICT.. then bawa balik Ummi Aisyah n Aisyah ke Hulu Tgannu..

2 minggu perjalanan Aisyah..

Ramai yg kata matanya mmg xbleh lari dah, mmg ikut che mad.. tp mulutnya, mcm mana nk lihat sama dengan kt che mad.. xnampak lg.. tp gayanya seminggu bersama Aisyah, perangainya ikut Ummi Aisyah.. Mcm mana..? Rahsia.. =) apepun, dialah Nur Aisyah Faqihah, our junior & kami memohon agar Aisyah mampu menjadi seorang yang lebih hebat dari kami berdua disisi Yang Maha Pencipta.. Semoga berjaya dunia & akhirat Aisyah.. Duhai Anakku, dunia ini penuh dengan cabaran yang memerlukan kekuatan sebenar utk melawannya.. Semoga engkau mampu menempuhinya dengan landasan yang sebenarnya.. Barakalallhufik.


*buat masa nie Aisyah mmg bagus.. nangisnya xkuat n xsangat sampai bimbang plak kami di buatnya.. hehe.. cuma Ummi Aisyah report, semalam mmg Aisyah nangis betul.. Baru ada suasana rumah yang ada anak kecil.. hehe.. macam2.. ok.. tu jewr utk hari nie.. kena marking paper exam n kemaskan rumah untuk menyambut kepulangan Aisyah.

Ahad, 31 Julai 2011

6 Bulan sudah...=)

alhamdulillah..mcm xpercaya je dah masuk 6 bulan ada budak dalam perut ni..
maksudnya lg 3bln lebih je lg ank ummi ngn ayah nak keluar
jumpa ummi dan ayah..
sgt..sgt..xsabar..

mcm2 nk cite pengalaman sepannjang 6bulan jd preggy mom ni..
tp xtertulis..Alhamdulillah merasa gak nikmatnya merasa ditendang dari dalam perut..
aktifnya anak ummi ngn ayah ni..
moga aktif jga bila kuar nnti ek..
blh jadi mujahid/mujahidah Islam..ameen..=)
bila dah masuk 6 bulan ni,
mula dah rasa sakit2 pinggang, lenguh2 kaki bila buat keje banyak,
mujur ayah rajin gak tolong ummi..
yg paling best klu ayah dgn baik hatinya mengofferkan diri
utk masuk dapur dan jadi chef..
hahaa..tula nikmat yg paling best..
klu anak ummi nak tau..
ayahla chef plg hebat tau..
biarpun campak2..tp tetap SODAP..
menjilat jari gitu..hehe

he is a good chef..hhehe..
(buat che mad:hik2..ayat kt atas ni sbg galakan utk masak selalu utk saya..hehe)


ha..bila dh masuk 6 bulan ni..dh mula nmpk dh perut membesar,
hehe..mcm seronok plak..tp mcm lucu pon ada gak..eh..ummi dh besar rupanya,
dh nk jadi mak org dh..hehe..xcaya..mmg xcaya..

semalam g jalan2 cari baju preggy..ad satu kedai baju tu..
tanya la nk beli apa ek..pastu ummi cakapla..em nk beli baju mengandung..
dia mcm terkejut..dan buat muka xpercaya..
ish m.cik ni..mesti xpercaya yg ummi mengandung..
tgkla perut ni..kn besar..mestila sy mengandung..heehe(ni ckp dlm hati jela)

em..setakat ni jela dulu ek..dh sakit belakang..dok lama..
pape pon insyaAllah sok dh mula puasa ramadhan..
hope ummi dpt puasa dgn sempurna..
dpt puasa dgn semangatnya..

SELAMAT BERPUASA=)..

Khamis, 9 Jun 2011

waccchaaa... tendang perut ummi.. =)

Alhamdulilah wa syukrulillah..
hari nie berpeluang gak ke klinik...
misi utamanya nk tgk baby dalam kandungan ummi...
asyik ummi jer yang dapat tengok sorang2..
papepun tinkiu buat ummi kerana sanggup ke klinik..
Klinik Mamad Kuala Berang...

Alhamdulillah..
hanya puji-pujian untuk Dia Yang Maha Pencipta..
Dia Yang Maha Pemberi Rezeki mampu di ucapkan...
Mudah2an kandungan kami sihat walafiat..
Lincah jugak cuma ummi jer yang xrasa betul2 pergerakan dia..

dia gerak-gerakan mulutnya....
dia gerak-gerakkan kaki...
dia gerak-gerakkan tangan, bengkokkan n siap luruskan tangan lagi..
ha.. itu yang bestya.. =)
Ummi pun belum pernah berpeluang tgk mcm tu sebelum nie..
masa yang sekejap tp amat bermakna..

sblm nie kat klinik ibu, 1st time scan jangka 13/11..
sebulan lepas tue scan 05/11 tp scan lg jd 14hb..
hari nie lak scan jatuh 05/11..
papepun dalam tempoh Aidil Qurban..

mudah-mudahan lancar semuanya..
kepadamu Ya Allah kami serahkan segala-galanya...




Rabu, 1 Jun 2011

Perkembangan Bayi minggu 17-24

Minggu 17

Bayi

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda

Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Minggu 18

Bayi

Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19

Bayi

Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda

Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Minggu 20

Bayi

Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda

Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21

Bayi

Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Anda

Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22

Bayi

Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Anda

Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23

Bayi

Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Anda

Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24

Bayi

Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Anda

Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

Jumaat, 8 April 2011

PErkembangan bayi minggu 8-16

tolong carikan buat ummi yang memang dah xboleh masuk bilik pc nie buat masa nie.. harap2 nanti dah boleh n ok dengan bilik nie..

bila agaknya boleh masukkan streamyx..

dah muak dengan maxis nie waLAU DAH UPGRADE...

Minggu 8

Bayi

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12

Bayi

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15

Bayi

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Khamis, 7 April 2011

nurul iman

Nurul, Nurul Iman

Rindu kekasih yang syahdu nian
Bertemankn kau di kamar hati
Nurul Iman oh dikau penyeri
Kegelapan di kala mencari

Gemersik alunan cinta berputik
Mengharap persimpangan idaman hati
Memenuhi fitrah insan sejati
Keayuan anugerah Ilahi

Nama yang terukir di pohonan suci
Bernaung sebuah keikhlasan
Engkau tersenyum ceria ku keharuan
Dan bersemi cinta selama-lamanya

Dia milik insan yang mendamba kebahagiaan
Sebelum sesudahnya tercapai impian murni
Kekasih hati cinta yang diredhai
Ucapkanlah kalimah yang ku rindu



*buat dinda permaisuri ku..

bersabarlah...kejap jer.. mudah2an xde masalah...

nanti dapat hadiah yang paling berharga...

yang diidam2kan...

sabar menjalani 3 bulan pertama nie...

n TQ sebab makan hari nie..

memang kena masak express, lambung2, campak2 jer apa yang ada,

baru ada selera.. hehe..

jangan marah2 baby lagi..hehe

Ahad, 3 April 2011

Bersyukurlah wahai insan...

Antara sifat mukmin sejati
sentiasa bersyukur pada Ilahi
memadai dengan nikmat yang diberi
tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

inilah sifat mukmin yang sejati
hatinya rasa sungguh derita
bila tercebur ke dalam dosa
lantas ia terus bertaubat
mohon maghfirah dari Ilahi
andai bersalah sesama manusia
segera ia mohon kemaafan

inilah sifat mukmin yang sejati
sabar menempuh segala ujian
apa yang di damba hanya redha tuhan
belapang dada dengan manusia
hanya menginginkan kedamaian
akhlak mulia menjadi pakaian
Quran dan sunnah menjadi panduan

inilah sifat mukmin yang sejati
cinta kasihnya hanya pada Allah
tidak sekalipun merasa gundah
derita melanda terasa indah
setiap masa dalam beribadah
menuntut ilmu jadi tradisi
hidup matinya untuk Ilahi..

alhamdulilah... selesai sudah sesi P&P semester ini.. mudah2an semua ilmu yang telah dikongsi dapat membantu anak2 didik di kemudian hari... xbanyak yang ingin dikongsi.. namun harapan yang menggunung tetap ditanamkan kepada semua.. mudah2 mereka semua dapat menjadi sesorang yang dekat dengan penciptanya...

Buat anak didikku semua student akaun..
jadilah seorang akauntan yang jujur, yang mampu mengubah dunia ini akauntan hari ini.. seorang akauntan yang jauh dari rasuah, penipuan dan penyelewengan dan mampu menjauhkan orang lain dari perkara-perkara tersebut.. Jadilah Akauntan yang mampu membersihkan pendapatan syarikat mahupun pendapatan individu dari semua yang bukan hak miliknya..

buat anak didikku semua student pelancongan..
jadilah seseorang yang membawa manusia untuk melihat kebesaran Allah s.w.t melalui alam yang diciptakan ini... tidak hanya melihat keindahan pada pandangan semata-mata namun turut sama melihat akan makna disebalik ciptaan tersebut.. tidak hanya membuatkan mereka berkata "Cantiknya" tetapi membuatkan mereka berkata "Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah ini.."... membuatkan mereka mengerti kebesaran dan keagungan Allah s.w.t..

semoga kerjaya yang bakal ditempuhi nanti sentiasa dipayungi kerahmatan dan keberkatan Allah s.w.t... kerjaya yang membuatkan kita berada dilandasannya dan mendekatkan diri kita kepadaNya...


Buat kekasih yang dicintai..
teman dalam perjalanan yang sementara ini..
my beloved wife... Cik puan Ulfa..
moga2 kuat mengharungi tahap 3 bulan pertama nie...
jangan lupa makan.. kena makan.. walau xnak mkn tetap kena makan
sebab our Junior yang nak makan.. =)
ingat buku yang dibeli tue..
"Dah bahagia, romantis lagi" =)
moga2 dapat kerja cepat.. hilang keboringan...
tapi jangan bimbang.. kuatkan semangat..
semoga setiap biji nasi yang dimasak itu menjadi butiran tasbihmu di hadapan Allah s.w.t..
u r winner.. =)
baru 8 minggu.. ada 32 minggu lagi..
mudah2an xde masalah besar nanti..

Khamis, 24 Mac 2011

Perkembangan Bayi dalam Kandungan

Erm.. yg ni mcm lg menarik...

http://lovewriter10.blogspot.com


Minggu 1

Minggu ini merupakan minggu period menstrual malah pembenihan juga belum lagi berlaku. Due date di kira dari hari last period. (contoh period start 3hb last 6hb so ia dikira bermula 6 atau 7hb)
Proses pembentukan ini kebiasaannya masih belum lagi dapat di kesan. malah waktu ini 46 kromosom telah bercantum dan membawa segala genetik bersamanya. ketika ini yang di perlukan hanya lah nutrisi dari ibu dan oksigen.

Sel2 telur yang berada didalam rahim, membentuk seperti lingkaran cahaya yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulakan proses pembenihan/pembuahan

5 juta sel sperma berenang menuju ke tujuan akhir mereka sel telur yang bersembunyi pada falopio. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang akan menembusi sel telur.

waktu ini kepala sel sperma telah hampir masuk. bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak berhenti-henti berusaha menembusi dinding sel telur


zygote telah terbentuk

Minggu 2

Pembenihan telah telah berlaku pada akhir minggu ke 2.sel telur yang telah di senyawakan membelah 2 selepas 30jam.kemudian bergerak dari saluran falopio menuju ke rahim.


Minggu 3

Anda mungkin belum menyedari yang anda pregnant sehingga lah usianya 3 minggu. waktu ini sel telur telah menempel di dinding rahim
dan saiz nya amat kecil lebih kurang 0, 0-1, 2mm sahaja.
Minggu 4

Kini, kandungan telah berbentuk embrio. Embrio menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), dan apabila UPT di lakukan, hasilnya positif.

Kandungan mula membentuk struktur manusia. otak, jantung dan struktur tulang belakangnya mula terbentuk.



Minggu 5

membentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang kemudiannya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm ialah lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu 6

Saiz embrio lebih kurang 2-4mm. waktu ini boleh mendengar jantung bayi melalui ujian ultra sound. sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. tunas-tunas kecil yang akan membentuk tangan dan kaki juga boleh di lihat.



Minggu 7

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Tunas lengan mulai membelah menjadi beberapa bahagian iaitu bahu dan tangan. Jantung juga telah membentuk bahagian kanan dan bahagian kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

Minggu 8
saiznya kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda dapat lihat ,hidung dan kelopak matanya mula berkembang, begitu juga telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan lehernya, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah proses pembenihan.

bayi sudah mempunyai lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang nipis. tangan serta kaki juga sudah terbentuk walaupun belum sempurna

Rabu, 23 Mac 2011

Alhamdulillah..Our junior is Coming soon..

dh lma dah nk post entry ni..tp ada je halangan..
Alhamdulillah kesempatan ni tulis la sket perjalanan untuk menjadi seorang ummi mithali..

InsyaAllah..
moga2 zuriat ummi yang bakal lahir ini dapat mengetahui saat-saat ummi mengandungkanya..
nnt carila blog ummi ngn ayah ni ek..
ketahuilah, hadirmu sangat dinanti oleh ummi dan ayah..

setelah berminggu2 rasa ketidaksedapan badan..buat kerja pon xbpe nak larat.. mkan jgn nk cakap.. msti terkeluar balik.. badan ummi mkin teruk bila ayah ada program hjg minggu ngn student poli..tinggal la ummi terketar2 sorang2 menahan gelora di perut ni..

disebabkan dok sorang kt umah, jd tahap nk memasak itu tersangat lah rendah.. jd terpaksa merajinkan diri cari mknn kt luar.. siap je beli mknn,,ternampak je kedai 7eleven, cdgnya nk beli je la roti ngn aiskrim.. tp tah mcm mna terpandang pregnancy test kt kaunter cashier..jd dgn tebal muka amikla dan terus bayar dan lari laju2..heehe..

dengan semangat yang membara pergila buat test.. huhu..sgt berdebar.. positif ke negatif..nak positif...alhamdulillah...akhirnya POSITIF.. wah...anak ummi mesti nak taukan, spe org pertama yang ummi bgtau..org pertama yang mesti tau mestila buah hati ummi yang tersayang aka ayahla..hehe..elak je tau kami terus buat sujud syukur..kedaatanganmu amat kami dinanti2.. moga jadilah anak yang soleh serta pejuang agama yang cekal..AMEEN..


ha..ni la buktinya..yang ni test pertama..POSITIF




yang ni plak, ayah suruh ummi test lagi..ALHAMDULILLAH..masih lagi POSITIF..



lepas dah test buat kali kedua barula ayah bawa ummi g klinik..doktor scan2..Alhamdulillah doktor cakap zuriat ummi ni bru 6minggu..anak ummi, ummi berhenti kt sini ek..nnt ummi sambung..ha..mesti xsabarkan nak tau macam mana ummi mengandungkan anak ummi ni ek...sabar ekk..

ps:buat anak ummi,jd anak yang baik..selalu bantu ummi..jgn biar ummi muntah2..xlama lagi je anak ummi ni keluar..sabar ye sayang..



HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)