Memaparkan catatan dengan label Tazkiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkiah. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

Ku Bermohon padaMU - ost Makbul

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullalal 'adzhim..
Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum..
Wa atubu illaik..
Amin... (4x)

Ku bermohon pada Mu Ya Allah..
Tetapkan imanku, sentiasa padaMu
Berserah padaMu

Sesungguhnya
Solah serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untukMu
Hanyalah untukMu
Ya Allah..

Laillahaillallah.. (3x)

Ku bermohon pada Mu
Tiap detikku mengharap kebaikanMu
Lindungilah aku, selamatkanlah
Dari seksaanMu, yang azab sensara

Laillahaillallah.. (3x)

Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat

Amin... (4x)

semoga semua warga madrasah At-taqwa tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya..
buat yang terselamat, teruskan perjuangan kalian..
mungkin peringatan untuk kita semua sebagai hambaNya...
buat sahabat yang kembali kepada DIA yang Maha Pencipta...
moga kalian semua digolongkan dalam golongan yang syahid di jalanNya..
serta ditempatkan bersama para solehin..
amiin ya Rabbi...

ampunkanlah kami Ya Rabii,
maafkanlah dosa dan salah kami,
kedua ibu bapa kami....
arwah bapa kami...
lapangkanlah kubur mereka ya Allah..
tempatkanlah mereka bersama pada syuhada dan solehin...
maafkanlah ahli keluarga kami keseluruhannya..
guru-guru kami.. sahabat-sahabat kami...
maafkanlah kami semua Ya Allah...
maafkanlah kami jika kami lalai mengingatiMU yaRabbi..
maafkanlah kami jika kami lalai mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami...

Jumaat, 11 Februari 2011

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Marhaban Ya Rasulallah

Marhaban Ya Rasulallah.
Welcome, Prophet of Allah.
Welcome, incomparable Sultan of Prophets.
Welcome, Fountain of Mystic Knowledge.
Welcome, Treasury of the Secret Meanings of the Holy Qur’an.
Welcome, Healing Balm for all the world’s afflictions.
Welcome, Nightingale from the Garden of Divine Beauty.
Welcome, Bearer of the universal Forgiveness of Allah.


Welcome, Moon and Sun of Allah’s Mercy.
Welcome, Perfect Focus of the Truth.
Welcome, Shelter for the wandering soul.
Welcome, Unwavering Spirit.
Welcome, ya saqi, Cupbearer of the Wine of Love.
Welcome, sublime Vision of those who truly adore.
Welcome, Prince of Humankind, Beloved of the Creator.
Welcome, Illumination of longing souls.
Welcome, most intimately cherished Friend of Allah.
Welcome, most beloved Soul.
Welcome, Intercessor for the entire universe.


Welcome, O Sultan of Prophets for whom the earth and Paradise were both created. Your face shines with the intensity of noonday sun.
Your powerful right hand lifts up those who have fallen along the way of Truth.
You are the only foundation and solace for the lovers of Reality.
You are the spiritual refuge for all conscious beings.
You are healing for hearts broken by the world.
You are the delicate spiritual joy of the heart that turns away from the world.
O Sultan and Shaykh of all creation.
O President of the Parliament of Prophets and Mystic Guides.
O Clarifying Light for the eyes of human beings, both saints and simple believers.
O Final One to mount the Throne of Prophesy.
O Seal of the Prophets and Distributor of the Light of Prophesy to all hearts.


Your face makes the whole creation shine with greater clarity and brilliance.
Your roselike beauty fills the hearts of lovers with the fragrance of roses.
You overcome the night of spiritual ignorance and error, bringing the vineyard of realization to fruition with the sunlight of the Holy Qur’an.
O beloved one of Allah, please assist us along the mystic way, and permit us to gaze upon your Face of Beauty at the End of Time.

http://muhammadun.blogspot.com/2007/01/marhaba-ya-rasulallah.html



Selasa, 28 September 2010

pErgiNya seOrang TemaN




telah tiba saat kau tinggalkan kami..
kerana takdir yang maha esa telah menetapkann..
sedih rsanya hat ini bla mengenangkann...
kau sahabatku kau teman sejatii,,

lembut katanya...
ringan membantu.....
xterluah akan kata.....
sahabat....
moga dirahmati allah..
ditempatkan bersama para solehin..

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi wa'fu 'anhu......

Ahad, 30 Mei 2010

mutiara hati..

Engkau berbuat derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengejarnya dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingati (menyebut) Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib

Ahad, 9 Mei 2010

berKatilah LanGkahku.. hayya ya syabab


"Inna solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbil aalamiin"
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Allah, Pemelihara semesta alam"

kUatkan AzaM dan SemANgatmU

Jangan berdukacita..
Sebab rasa sedih akan terus Mengganggu mu dengan kenangan masa lalu..
Akan membuat mu khuatir dengan Kemungkinan masa akan datang...
dan akan mensia-siakan peluang mu pada hari ini....
Kamu hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini...
Hari yang ketika ini mataharinya menyinari mu...
Dan malam nya menyapa mu...
Bukan hari semalam yang telah berlalu dengan sgl kebaikan dan keburukan nya..
Juga bukan hari esok yang belum pasti lagi...
Inilah hari kepunyaan kamu...
Maka berusahalah sepenuh hati pada hari ini...
Lakukan solat yang paling khusyuk pd hari ini..
Berzikir sepenuh hati..
Baca al-quran dengan paling tartil..
Keindahan dalam akhlak..
Mengambil berat kesihatan jiwa dan raga mu..
Dan bersiap2lah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat..
Serta nikmatilah hari ini dengan segala keriangan dan kebahagiaan nya..
Krn kamu hanya mempunyai hidup yang pasti HARI INI...

Rabu, 5 Mei 2010

mAtA iNi...

Ibnu Qayyim:
mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran

firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ibnul Qayyim menyatakan:
“Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

"ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
bantulah aku dalam menjaga anggota badanku..
ya Rabbi.."


BertANi SAtu ibADaH

dah sminggu kt umah..kini kena ke dungun smula...hantar tesis.. tiket jam 10 mlm.. naik kt stesen langgar... janji amik thesis kt tabung haji jam 5 ptg..kemana agak nya nk pusing2 sementara tunggu kul 10mlm..

p pusing KTC jer la kot.. penat nk pusing2.. nk jalan dgn beg yg berat, lagi xlarat.. dr jauh.. nampak byk khemah2 besar n orang ramai kt stadium.. ow.. Expo pertanian dah bmula upenya.. ingat kn belum.. sempat la pusing2 jap.. erm..ramai jgk... mnarik.. cuma ptg tue da xde pgrm pape kt khemah utama..ada pameran jeq..

tp papepun inisiatif kerajaan negeri adakan expo ptanian nie dengan konsep "Bertani Satu Ibadah" nie amat la sesuai.. boleh sedarkan org ramai.. bkn sekadar bertani semata2 utk keuntungan duit2 smata.. tp turut bernilai dan untung dalam sudut agama.. nie che mad petik dari facebook TGNA... ucapan perasmian expo..

Clik pada image utk direct ke website bertani satu ibadah

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
”Dia-lah, yang Telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” – Surah an-Nahl, ayat 10-11.

Islam telah berkembang dan tersebar secara meluas sekali ke seluruh pelusuk dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sehingga menjangkau ke Sepanyol dan Perancis di Barat, dan menjangkau ke China serta Filipina di Timur. Para pendokoong dan pejuang Islam yang membawa tamadun Islam ke tempat-tempat ini, bukan sahaja arif dalam bidang agama, tetapi telahpun menerap dan meneroka pelbagai ilmu baru.

Daripada orang-orang Arab Jahiliyyah, yang cuma tahu menggunakan unta dan kuda untuk merentasi padang pasir, mereka sudah menjadi satu bangsa yang tahu menyeberangi laut dengan menggunakan Celestial Navigaton, tahu mencipta dan menggunakan kompas, memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang astronomi, architecture, berkemampuan mengubati pelbagai jenis penyakit, mempelopori kepakaran dalam bidang pembedahan untuk tujuan oerubatan, menggunakan logam, mencipta ilmu hisab baru termasuk algebra serta bermacam-macam lagi ilmu selepas memeluk agama Islam.

Jelas sekali Islam telah membuka minda dan mata hati masyarakat Arab Jahiliyyah yang memeluk Islam sehingga mereka menjadi bangsa yang bertamadun. Syahadah yang mereka lafazkan menanam pasak keyakinan kepada hari akhirat namun tidak menghalang mereka berusaha bersunguh-sungguh meneroka ilmu dunia. Di dalam banyak-banyak ilmu yang diterokai oleh orang-orang Islam ialah ilmu pertanian. Di dalam ayat, tadi Allah SWT telah menyatakan kuasaNya yang menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi yang kering kontang sepeti zaitun, kurma dan anggur. Ayat-ayat seperti ini secara tidak langsung merupakan gesaan kepada setiap pembaca al-Quran untuk mengkaji dan menerokai ilmu pertanian.

Di dalam sejarah, inovasi pertanian diperkenal oleh jurutera dan peladang Muslim seperti bentuk baru penyewaan tanah, pembaikan dalam penyaliran, pelbagai kaedah pengairan yang moden, pengenalan baja dan sistem pengaliran yang meluas serta pembangunan sistem penyaliran berasaskan aliran graviti dari sungai dan mata air. Berdasarkan catatan sejarah dan para ilmuwan termasuk dari Barat, sistem pertanian pada era Kerajaan Islam Sepanyol merupakan sistem pertanian yang paling canggih yang pernah disusun oleh kecerdikan manusia. Ini kerana budaya ilmu yang ada di dalam Islam telah menghasilkan banyak perubahan. Pada masa itu, seluruh Eropah sedang bergelut dengan isu perhambaan, namun tanah di bawah kekuasaan Islam mengalami kemajuan pesat di bidang pertanian. Inilah hasil daripada anjuran Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

”Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah” (Hadis riwayat Bukhari)

Di pihak kerajaan, ke arah meningkatkan lagi kesedaran masyarakat agar mendalami ilmu pertanian serta meningkatkan hasil keluaran, kita telah melancarkan visi Kelantan Jelapang Makanan Negara. Visi ini digarap berasaskan cita-cita untuk menjadikan Kelantan akan menjadi pengeluar terbesar makanan di Malaysia. Kerajaan Kelantan dalam menjayakan usaha menjayakan visi ini akan menggerakkan seluruh sektor pertanian untuk lebih agresif dan mampan, memanfaatkan bumi Kelantan untuk memberi sumbangan terbesar dari segi pengeluaran pertanian KDNK di Malaysia.

Justeru, sesuai dengan sasaran Malaysia untuk mengurangkan pergantungan import makanan Kelantan akan berusaha menjadi Jelapang Makanan Negara di dalam membekalkan makanan yang berasaskan pertanian yang halal dan bersih.

Di dalam menjayakan visi ini juga, Kerajaan negeri telah meletakkan sasaran untuk mencapai tahap KDNK sebanyak 3 billion pada tahun 2015. Menurut rekod, pada tahun 2006, pencapaian KDNK sektor pertanian negeri Kelantan ialah sebanyak 1.61 billion manakala pada tahun 2007 pula sebanyak 1.87 billion iaitu meningkat sebanyak 15.3%. Ini melebihi pertumbuhan sektor pertanian di peringkat nasional iaitu hanya 1.4% sahaja. Berasaskan pencapaian ini, saya optimis dengan usaha berterusan dari semua pihak, cita-cita untuk mencapat 3 billion pencapaian KDNK sektor pertanian pada tahun 2015 tidak mustahil menjadi kenyataan.

Slogan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri merupakan satu gagasan yang dibentuk berasaskan cita-cita murni untuk melihat para petani berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan daya usaha dan pengeluaran. Ini akan dapat dicapai sekiranya golongan petani ditanamkan dengan kefahaman bahawa bertani bukan sahaja menjadi satu punca pendapatan bahkan ia juga merupakan satu ibadah tanda pengabdian kepada Allah SWT. Betapa mulianya kerja seorang petani sehingga disebut oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :

”Seorang lelaki daripada ahli syurga memohon kepada Allah SWT untuk bertani, lalu Allah SWT bertanya kepadanya : Bukankah kamu mendapat segala yang kamu hajati? Dia menjawab : Ya, tetapi aku suka untuk bertani. Lalu dia menaburkan benih dan tumbuh dalam sekelip mata, sehingga membesar seperti bukit. Lalu berfirman Allah SWT : Makanlah tanamanmu wahai anak Adam kerana kamu tidak kenyang daripada menikmati nikmat itu..” – Riwayat Bukhari.

Demikianlah mulianya kerjaya seorang petani sehingga diberikan keizinan oleh Allah SWT kepada mereka untuk bertani di dalam syurga. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.


catatan 29 April 2010..

KEtenANgaN yAng dicARi


'...Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'

Khamis, 29 April 2010

Ya Fattah..


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Isnin, 29 Mac 2010

Hadis Pilihan..

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah),
dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya:
Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi:
Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa?
Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada
yang halal, dia pun akan beroleh pahala."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Barangsiapa mencari rezeki yang halal
dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak
minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya,
serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya),
maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang
wajahnya bagaikan bulan di malam purnama."
(Riwayat Thabarani)




Jumaat, 5 Mac 2010

Jumaat, 26 Februari 2010

Maulidurrasul 1431H


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
http://www.free-lyrics.org/22404-Raihan.html

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Jumaat, 12 Februari 2010

man ana...

Dari Abu Musa ra Nabi saw bersabda:"Sesungguhnya bagi setiap mukmin itu sebuah khemah dalam syurga yang diperbuat dari sebiji mutiara yang berlubang tengahnya. Panjangnya ke langit enampuluh mil. Bagi sesaorang mu'min di dalamnya itu ada beberapa keluarga yang dikelilingi oleh orang mu'min yang lain, tetapi antara yang seorang dengan yang lainnya sedangkan tidak ada yang melihat antara mereka."(Muttafaq'alaih)

BERIMAN DENGAN ALLAH DAN MELAKUKAN AMALAN SOLEH 2- الإيمان بالله والعمل الصالح
Allah berfirman "Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh, mereka Itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang Telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang Tinggi (dalam syurga)". Saba' 37

BERIMAN DENGAN ALLAH, RASULNYA DAN BERJIHAD 3- الإيمان بالله ورسوله والجهاد في سبيل الله

Allah berfirman "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Al-Saf ayat 10-12

BERIMAN DENGAN ALLAH DAN MEMBENARKAN RASULNYA. 4- الإيمان بالله وتصديق المرسلين

وَعَنْ ابى هريرة عَن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ:إنَّ أَهْلَ الْجنَّةِ لَيَتَرَاءُوْنَ أَهْلَ الْغُرَفِ مِنْ فَوْقِهِمْ كَمَا تَتَرَاءَوْنَ الكَوْكَبَ الدُّرَّيَّ الْغَابِرَ في الأُفُقِ مِنَ المشْرِقِ أَوِ المَغْربِ لتَفَاضُلِ ما بَيْنَهُمْ. قَالُوا:يَا رَسُولَ اللَّه،تلْكَ مَنَازلُ الأَنْبِيَاءِ لاَ يبْلُغُهَا غَيْرُهُمْ ؟ قَالَ: بلَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ رجَالٌ أَمَنُوا بِاللَّهِ وصَدَّقُوا المُرْسلِينَ. متفقٌ عليه .

Abu Said al-Khudri r.a.berkata Nabi s.a.w., sabdanya: Sesungguhnya ahli syurga itu niscayalah dapat melihat penghuni-penghuni bilik-bilik yang ada di atas mereka, sebagaimana engkau semua melihat bintang yang cemerlang cahayanya yang berlalu di cakrawala dari arah timur ke arah barat, karena adanya kelebihan keutamaan di antara mereka itu."Para sahabat bertanya: "Apakah itu kediaman para Nabi yang tidak dapat dicapai oleh orang yang selain mereka itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar,demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamannya,tetapi juga tempatnya orang-orang yang beriman kepada Allah serta membenarkan Rasul-rasul." (Muttafaq 'alaih)

BERTAQWA KEPADA ALLAH. 5- تقوى الله

Allah berfirman "Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang Tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah Telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya". Surah Al-Zumar ayat 20

MEMINTA MATI SYAHID SECARA JUJUR 6- سؤال الشهادة بصدق :
عن سهل بن حنيف t أن النبي r قال: «من سأل الله الشهادة بصدق بلّغه الله منازل الشهداء،وإن مات على فراشه» أخرجه مسلم.

Sahal bin hunaif berkata:Nabi saw bersabda"Sesiapa yang meminta kepada Allah mati syahid dengan sebenar-benarnya nescaya allah akan mengurniakan kepadanya pahala mati syahid sekali pun dia mati di atas katilnya". H.R Imam Muslim.

anakku??? ",)

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

Khamis, 4 Februari 2010

we r winner..

Kalau orang lain berjaya
Kita juga boleh berjaya
Bukankah kita serupa
Boleh belajar boleh berusaha

Kalau orang lain pandai
Kita juga boleh pandai
Bukankah kita serupa
Ada otak ada minda

Kalau orang lain bahagia
Kita juga boleh bahagia
Bukankah kita serupa
Boleh senyum boleh ketawa

Sebutlah apa sahaja
Apa yang orang lain ada
Kita serupa dan boleh
Ada peluang kuasa memilih
Setiap kita ada kelebihan
Potensi diri kurniaan tuhan
Kepandaian, kejayaan & kebahagiaan
Kita sendiri membuat penentuan..

hlm

Rabu, 20 Januari 2010

Senyum

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA...

senyum seindah suria..
yang membawa cahaya..
senyumlah dari hati..
duniamu berseri..

senyum umpama titian..
dalam kehidupan..
kau tersenyum ku tersenyum...
kemesraan menguntum..

senyum.....
kepada semua...
senyumanmu amatlah berharga...
senyum seperti Rasullullah...
dengan senyuman...
terjalinlah ukhuwah

Isnin, 18 Januari 2010

d'b village

  • Mereka yang benar2 memiliki CINTA ALLAH, pastinya yakin, bahawa hanya kepadaNya tempat menagih kasih abadi, yang pasti boleh menghilangkan resah dijiwa ( bukan kerana cinta manusia ).
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, pasti tetap memelihara syariat dalam mereka mencari cinta makhluk, tidak perlu memberi salam ucapan mesra, malah melafazkan rasa cinta. Ini sememangnya melampaui batas, bagi mereka yang tidak mengendahkannya.
  • Mereka yang memiliki CINTA ALLAH, hanya akan mencintai orang lain, agar CINTA mereka lebih tinggi hanya disisi ALLAH.

Jumaat, 15 Januari 2010

1 tangkai menjadi 7

“Sesiapa yang melakar suatu sunnah yang baik, maka baginya ganjaran untuk amalan itu, dan perbuatan mereka yang mengikut sunnah itu hingga hari Kiamat, tidak berkurang walau sedikit pun pada ganjaran mereka. Dan sesiapa yang melakar suatu sunnah yang buruk, maka ke atasnyalah dosa akibat perbuatan itu dan dosa sesiapa yang beramal dengan keburukan itu, hingga hari Kiamat, tidak berkurang walau sedikitpun pada dosa mereka…”

Al hadis

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)