Selasa, 31 Mei 2011

kandungan ummi dah 4bulan =)

assalamualaikum..rasanya dah hampir bulan ummi xmengupdate kt blog ni..
alhamdulillah setelah empat bulan mengandungkan anak ummi ni, akhirnya dapat gak kekuatan nk menulis di blog ni..
Alhamdulillah syukur gak sebab alahan semakin berkurang dan ummi tersangat berselera nk makan sekarang..yeay..ALHAMDULILLAH..
Alhamudulillah gak sekarang ni boleh la buat kerja umah sket2..klu dulu mmg xlarat..mula je start enjin nk kemas umah, maka perut pon start enjin untuk bergelora..hehe..jd sekarang ayah pon dh boleh goyang kaki sket2 sbb ummi dh blh buat kerja umah..hehe..
banyak benda rasanya nk tulis..mcm2 benda jadi semalam..uh..yg paling xbest bila ingat peristiwa dkt klinik kesihatan..SGT XBEST..
tp yang best bila doktor scan perut..Alhamdulillah anak ummi ni sihat..dapat tgk jantung anak ummi ni berdegup..tp kesian kt ayah..sampai sekarang xdpat nk tgk..hehe..sebabnya bila laki xblh masuk bilik doktor..heehe..sabao ek,..nnt kita g scan kt klinik swasta..hehee..

nnt la sambung semula..

Jumaat, 27 Mei 2011

Ketulusan hatiku padaMU ya Rabbi...


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau biarkan kasihku

Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintai-Mu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau benarkan kasihku
Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai-Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau dengarkan kasihku

Mencinta-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai-Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu


ops...nie lagi asalnya dari Anuar zain.. moga-moga itulah makna yang tersirat jauh dalam lirik-lirik lagu ini.. hanya padaMU ya Rabbi.. paling best bila dengar Pak firdaus yang nyanyikan.. penuh penghayatan.. ESQ Leadership center..

Ku Bermohon padaMU - ost Makbul

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullalal 'adzhim..
Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum..
Wa atubu illaik..
Amin... (4x)

Ku bermohon pada Mu Ya Allah..
Tetapkan imanku, sentiasa padaMu
Berserah padaMu

Sesungguhnya
Solah serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untukMu
Hanyalah untukMu
Ya Allah..

Laillahaillallah.. (3x)

Ku bermohon pada Mu
Tiap detikku mengharap kebaikanMu
Lindungilah aku, selamatkanlah
Dari seksaanMu, yang azab sensara

Laillahaillallah.. (3x)

Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat

Amin... (4x)

semoga semua warga madrasah At-taqwa tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya..
buat yang terselamat, teruskan perjuangan kalian..
mungkin peringatan untuk kita semua sebagai hambaNya...
buat sahabat yang kembali kepada DIA yang Maha Pencipta...
moga kalian semua digolongkan dalam golongan yang syahid di jalanNya..
serta ditempatkan bersama para solehin..
amiin ya Rabbi...

ampunkanlah kami Ya Rabii,
maafkanlah dosa dan salah kami,
kedua ibu bapa kami....
arwah bapa kami...
lapangkanlah kubur mereka ya Allah..
tempatkanlah mereka bersama pada syuhada dan solehin...
maafkanlah ahli keluarga kami keseluruhannya..
guru-guru kami.. sahabat-sahabat kami...
maafkanlah kami semua Ya Allah...
maafkanlah kami jika kami lalai mengingatiMU yaRabbi..
maafkanlah kami jika kami lalai mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami...

Sabtu, 21 Mei 2011

How to replay n loop youtube video - blogspot

my sharing...
to autoplay:
"http://www.youtube.com/v/WsBN5JMmjHQ?fs=1&hl=en_US&autoplay=1"

to autoplay & loop/replay:
"http://www.youtube.com/v/WsBN5JMmjHQ?fs=1&hl=en_US&loop=1&autoplay=1"

original code:
"http://www.youtube.com/v/WsBN5JMmjHQ?fs=1&hl=en_US"

Jumaat, 8 April 2011

PErkembangan bayi minggu 8-16

tolong carikan buat ummi yang memang dah xboleh masuk bilik pc nie buat masa nie.. harap2 nanti dah boleh n ok dengan bilik nie..

bila agaknya boleh masukkan streamyx..

dah muak dengan maxis nie waLAU DAH UPGRADE...

Minggu 8

Bayi

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12

Bayi

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15

Bayi

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Khamis, 7 April 2011

nurul iman

Nurul, Nurul Iman

Rindu kekasih yang syahdu nian
Bertemankn kau di kamar hati
Nurul Iman oh dikau penyeri
Kegelapan di kala mencari

Gemersik alunan cinta berputik
Mengharap persimpangan idaman hati
Memenuhi fitrah insan sejati
Keayuan anugerah Ilahi

Nama yang terukir di pohonan suci
Bernaung sebuah keikhlasan
Engkau tersenyum ceria ku keharuan
Dan bersemi cinta selama-lamanya

Dia milik insan yang mendamba kebahagiaan
Sebelum sesudahnya tercapai impian murni
Kekasih hati cinta yang diredhai
Ucapkanlah kalimah yang ku rindu



*buat dinda permaisuri ku..

bersabarlah...kejap jer.. mudah2an xde masalah...

nanti dapat hadiah yang paling berharga...

yang diidam2kan...

sabar menjalani 3 bulan pertama nie...

n TQ sebab makan hari nie..

memang kena masak express, lambung2, campak2 jer apa yang ada,

baru ada selera.. hehe..

jangan marah2 baby lagi..hehe

Ahad, 3 April 2011

Bersyukurlah wahai insan...

Antara sifat mukmin sejati
sentiasa bersyukur pada Ilahi
memadai dengan nikmat yang diberi
tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

inilah sifat mukmin yang sejati
hatinya rasa sungguh derita
bila tercebur ke dalam dosa
lantas ia terus bertaubat
mohon maghfirah dari Ilahi
andai bersalah sesama manusia
segera ia mohon kemaafan

inilah sifat mukmin yang sejati
sabar menempuh segala ujian
apa yang di damba hanya redha tuhan
belapang dada dengan manusia
hanya menginginkan kedamaian
akhlak mulia menjadi pakaian
Quran dan sunnah menjadi panduan

inilah sifat mukmin yang sejati
cinta kasihnya hanya pada Allah
tidak sekalipun merasa gundah
derita melanda terasa indah
setiap masa dalam beribadah
menuntut ilmu jadi tradisi
hidup matinya untuk Ilahi..

alhamdulilah... selesai sudah sesi P&P semester ini.. mudah2an semua ilmu yang telah dikongsi dapat membantu anak2 didik di kemudian hari... xbanyak yang ingin dikongsi.. namun harapan yang menggunung tetap ditanamkan kepada semua.. mudah2 mereka semua dapat menjadi sesorang yang dekat dengan penciptanya...

Buat anak didikku semua student akaun..
jadilah seorang akauntan yang jujur, yang mampu mengubah dunia ini akauntan hari ini.. seorang akauntan yang jauh dari rasuah, penipuan dan penyelewengan dan mampu menjauhkan orang lain dari perkara-perkara tersebut.. Jadilah Akauntan yang mampu membersihkan pendapatan syarikat mahupun pendapatan individu dari semua yang bukan hak miliknya..

buat anak didikku semua student pelancongan..
jadilah seseorang yang membawa manusia untuk melihat kebesaran Allah s.w.t melalui alam yang diciptakan ini... tidak hanya melihat keindahan pada pandangan semata-mata namun turut sama melihat akan makna disebalik ciptaan tersebut.. tidak hanya membuatkan mereka berkata "Cantiknya" tetapi membuatkan mereka berkata "Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah ini.."... membuatkan mereka mengerti kebesaran dan keagungan Allah s.w.t..

semoga kerjaya yang bakal ditempuhi nanti sentiasa dipayungi kerahmatan dan keberkatan Allah s.w.t... kerjaya yang membuatkan kita berada dilandasannya dan mendekatkan diri kita kepadaNya...


Buat kekasih yang dicintai..
teman dalam perjalanan yang sementara ini..
my beloved wife... Cik puan Ulfa..
moga2 kuat mengharungi tahap 3 bulan pertama nie...
jangan lupa makan.. kena makan.. walau xnak mkn tetap kena makan
sebab our Junior yang nak makan.. =)
ingat buku yang dibeli tue..
"Dah bahagia, romantis lagi" =)
moga2 dapat kerja cepat.. hilang keboringan...
tapi jangan bimbang.. kuatkan semangat..
semoga setiap biji nasi yang dimasak itu menjadi butiran tasbihmu di hadapan Allah s.w.t..
u r winner.. =)
baru 8 minggu.. ada 32 minggu lagi..
mudah2an xde masalah besar nanti..

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)