Rabu, 22 April 2009

sssshhhh!! rahsia ni

Tlg forwardkan kepada sesiapa yg belum berkahwin.

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah
dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak
bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)
membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga
sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam
rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak.

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

ninja_warrior

Selasa, 21 April 2009

kenape yerk??

Kenapa Kita di Uji
Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

-Surah Yusof ayat 87

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Qu! ran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....

wassalam.....

kenape agaknya?

erm... Semoga berbahagia & dipayungi kerahmatan & keberkatan & selamat berkeluarga..
(",) semoga selamat dipinang n bila dah dipinang semoga selamat menjejak keatas pelamin..
n selamat berkeluarga n selamat juga 'mendirikan masjid' n selamat melahirkan generasi yang akan membela agama Islam.. buat ecu & iera.... n lepas nie tlg saya utk teh yerk..


Khamis, 16 April 2009

kelantan darul naim




siti & dato K bersama Tok Guru

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat."Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa. "Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.



Mawi bersama Tok Guru

Amy Search bersama Tok Guru


artis pun pandai hormat Tuan Guru... so pimpinan2 negara@ sape yang pegi ke kelantan paham2 jer la.. setiap umah ada tuannya.. nak masuk bagi salam,da nak balik kasi tau sepatah.. ada adabnya masuk rumah orang...




Isnin, 6 April 2009

dia

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

syawal nie permulaan ....

Sabtu, 21 Mac 2009

perjalanan seorang insan

Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya

Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan

Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan..

Khamis, 5 Mac 2009

zooooooom kula gandah






erm..ni yang masih fresh lg kot...hehe.. zoooooooom kuala gandah..
alkisahnyabeberapa dak islamic banking g wat pgram kat kampung orang asli dekat dengan zoo pemulihan gajah n taman rusa.. lamma dah nak p kapung ore asli nie..kali nie baru tercapai hajatnya..

kali nie che mad bkn lagi sbg pengarah, penyelaras, fasi @ pape tp che mad jd jadi tukang masak utama pgram..masak nasi jer la..banyak2 masak nasi kali ni jugak la nasinya hangit dekat 2 inci tebalnya...termaktub dalam sejarah malaysia..hehe..tp sblm jd tukang masak kami p survey tempat prgram dulu..masa dalam perjalanan 2 boleh pulak tayar kreta fie pancit..tpaksa tukaq tayar tengah2 panas.. huhu..

prgramnya boleh dikatakan berjaya la..semuanya lancar..dengan penduduk orang asli pun ok, dapat naik gajah,mandi dengan gajah,suap makanan kt gajahy..bila g taman ruasa jer bkn ruse jer vada tp menyet,beruang,burung merak, ular,mcm2 la ada..boleh pulak bergambar dengan semuanya tambah2 lagi dengan burung kakak 'muda'..hehe

tp ape yang menyedihkan adela bila dikhbarkan oleh orang2 asli kat situ dah lama majlis agama @ pertubuhan Islam tidak ke kuala gandah bertemu mata & menjalankan xtiviti dakwah disitu.. dah 3 tahun klau xsilap..lastnya bila ada 1 group orang asli yang selamat mengucap dua kalimah syahadah n lepas daripada 2 tiada sebarang program backup...mereka islam dengan 2 syahadah saje, tanpa solat tanpa semuanya.. timbul rasa bersalah..

persoalannya adakah politik itu lebih penting dari agama?
adakah perebutan kuasa itu lebih penting dari menjaga kebajikan saudara baru?
adakah cukup dengan menjaga kebajikan pembangunan material sahaja tanpa pembangunan iman mereka?
mana pertubuhan agama kerajaan @ ngo yang lain?
mana tanggungjawab imam2, ustaz2?

tanya orang lain tapi jangan lupa tanya diri sendiri...

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)