Lilypie - Maternity

Selasa, 9 Jun 2009

keredhaanMu

Diriku, amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan tuhanMu.. Namun, rasailah kekerdilan dirimu di hadapan kudrat dan IradatNya....


Ilahi...
Alangkah beratnya amanah ini
Alangkah besarnya tugas ini
Kami berkewajipan menghapuskan Sampah Sarap Jahiliyah yang bertimbun ini
Kami berkewajipan pula menegakkan asas yang kuat dan teguh di atasnya
Untuk membina bangunan yang besar
Iaitu bangunan Daulah Islamiah
Walaupun kami merasa betapa berat amanah ini
Tetapi kami juga merasa
Betapa mulia dan agungnya tugas ini

Wahai Tuhanku!
Kami berjalan di atas jalan dakwah
Dan kami terdedah kepada pelbagai cabaran
Ada di antara kami yang singkat cita-citanya
Lalu dia berundur dan duduk

Ya Rabb!
Sesungguhnya bebanan dakwah
Di atas gelanggang ini amat banyak
Dan amalan itu amatlah berat
Memerlukan angkatan lelaki mukmin As-Sidiqqin
lagi berpendirian tetap
Maka ramaikanlah lelaki demikian dikalangan kami

Ya Rabb..
Demikian juga muslimat
Srikandi Tanahair Muslimin Yang Telah bangkit Hari ini
Dan tampil ke hadapan
Untuk mencabar segenap gelombang keruntuhan dan kerosakkan.

Ya Allah..........
Istiqamahkanlah kami,
Teguhkan Aqidah Kami,
Bantulah Kami dalam meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini.....
Dan, moga kami mendapat barakah, maghfirah,
dan apa yang kami cari......
hanyalah Keredhaan dariMu.............................
Ya Ilahi.............
Amin.................

REDHAKAN DIRI KAMI DI JALAN DAKWAH INI YA ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)