Jumaat, 8 April 2011

PErkembangan bayi minggu 8-16

tolong carikan buat ummi yang memang dah xboleh masuk bilik pc nie buat masa nie.. harap2 nanti dah boleh n ok dengan bilik nie..

bila agaknya boleh masukkan streamyx..

dah muak dengan maxis nie waLAU DAH UPGRADE...

Minggu 8

Bayi

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10

Bayi

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12

Bayi

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15

Bayi

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Khamis, 7 April 2011

nurul iman

Nurul, Nurul Iman

Rindu kekasih yang syahdu nian
Bertemankn kau di kamar hati
Nurul Iman oh dikau penyeri
Kegelapan di kala mencari

Gemersik alunan cinta berputik
Mengharap persimpangan idaman hati
Memenuhi fitrah insan sejati
Keayuan anugerah Ilahi

Nama yang terukir di pohonan suci
Bernaung sebuah keikhlasan
Engkau tersenyum ceria ku keharuan
Dan bersemi cinta selama-lamanya

Dia milik insan yang mendamba kebahagiaan
Sebelum sesudahnya tercapai impian murni
Kekasih hati cinta yang diredhai
Ucapkanlah kalimah yang ku rindu



*buat dinda permaisuri ku..

bersabarlah...kejap jer.. mudah2an xde masalah...

nanti dapat hadiah yang paling berharga...

yang diidam2kan...

sabar menjalani 3 bulan pertama nie...

n TQ sebab makan hari nie..

memang kena masak express, lambung2, campak2 jer apa yang ada,

baru ada selera.. hehe..

jangan marah2 baby lagi..hehe

Ahad, 3 April 2011

Bersyukurlah wahai insan...

Antara sifat mukmin sejati
sentiasa bersyukur pada Ilahi
memadai dengan nikmat yang diberi
tak lalai menunaikan tanggungjawabnya

inilah sifat mukmin yang sejati
hatinya rasa sungguh derita
bila tercebur ke dalam dosa
lantas ia terus bertaubat
mohon maghfirah dari Ilahi
andai bersalah sesama manusia
segera ia mohon kemaafan

inilah sifat mukmin yang sejati
sabar menempuh segala ujian
apa yang di damba hanya redha tuhan
belapang dada dengan manusia
hanya menginginkan kedamaian
akhlak mulia menjadi pakaian
Quran dan sunnah menjadi panduan

inilah sifat mukmin yang sejati
cinta kasihnya hanya pada Allah
tidak sekalipun merasa gundah
derita melanda terasa indah
setiap masa dalam beribadah
menuntut ilmu jadi tradisi
hidup matinya untuk Ilahi..

alhamdulilah... selesai sudah sesi P&P semester ini.. mudah2an semua ilmu yang telah dikongsi dapat membantu anak2 didik di kemudian hari... xbanyak yang ingin dikongsi.. namun harapan yang menggunung tetap ditanamkan kepada semua.. mudah2 mereka semua dapat menjadi sesorang yang dekat dengan penciptanya...

Buat anak didikku semua student akaun..
jadilah seorang akauntan yang jujur, yang mampu mengubah dunia ini akauntan hari ini.. seorang akauntan yang jauh dari rasuah, penipuan dan penyelewengan dan mampu menjauhkan orang lain dari perkara-perkara tersebut.. Jadilah Akauntan yang mampu membersihkan pendapatan syarikat mahupun pendapatan individu dari semua yang bukan hak miliknya..

buat anak didikku semua student pelancongan..
jadilah seseorang yang membawa manusia untuk melihat kebesaran Allah s.w.t melalui alam yang diciptakan ini... tidak hanya melihat keindahan pada pandangan semata-mata namun turut sama melihat akan makna disebalik ciptaan tersebut.. tidak hanya membuatkan mereka berkata "Cantiknya" tetapi membuatkan mereka berkata "Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah ini.."... membuatkan mereka mengerti kebesaran dan keagungan Allah s.w.t..

semoga kerjaya yang bakal ditempuhi nanti sentiasa dipayungi kerahmatan dan keberkatan Allah s.w.t... kerjaya yang membuatkan kita berada dilandasannya dan mendekatkan diri kita kepadaNya...


Buat kekasih yang dicintai..
teman dalam perjalanan yang sementara ini..
my beloved wife... Cik puan Ulfa..
moga2 kuat mengharungi tahap 3 bulan pertama nie...
jangan lupa makan.. kena makan.. walau xnak mkn tetap kena makan
sebab our Junior yang nak makan.. =)
ingat buku yang dibeli tue..
"Dah bahagia, romantis lagi" =)
moga2 dapat kerja cepat.. hilang keboringan...
tapi jangan bimbang.. kuatkan semangat..
semoga setiap biji nasi yang dimasak itu menjadi butiran tasbihmu di hadapan Allah s.w.t..
u r winner.. =)
baru 8 minggu.. ada 32 minggu lagi..
mudah2an xde masalah besar nanti..

HijRi

Jom....

Jom....

Hits

Jom BsoReh...


ShoutMix chat widget
 

My Blog List

Labels

Twitter

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)